Monday, 14 August 2017

REVIEW: BUKIT GAMBANG RESORT CITY


3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City bertemakan Arab dan unta, Jue dan suami memilih untuk menginap di Arabian Bay Resort. Kalau anda nak jimat, anda boleh  juga boleh menginap di Carribean Bay Resort dengan harga yang lebih murah. Kata orang Carribean Bay Resort ni resort 3 bintang manakala Arabian Bay Resort  ni 4 bintang. Bagi ju bilik yang Ju dapat di Arabian Bay Resort sangat memuaskan hati dan bersih.

Tempahan untuk 3 hari 2 malam di Arabian Bay Resort RM476 dah termasuk GST. Tapi sampai sana nanti pihak resort akan mintak deposit sebanyak RM100, so total masa daftar adalah RM576. Tempahan ju buat melalui sale advisor Bukit Gambang Resort City sendiri, so kalau nak detail telefon Resort terus, korang juga boleh beli voucher dari 11street murah tapi kebanyakkan pakej adalah 2 hari 1 malam sahaja, disebabkan suami ju penjawat awam so ju dapat harga murah sikit lah. Untuk maklumat anda, harga ni adalah termasuk Dinner 1x, Breakfast 2x, Combo ticket(water park & safari park)

Jumaat, 11 OGOS 2017/ Check IN
Perjalanan pergi balik dari KL ke Bukit Gambang Resort City lebih kurang RM200(temasuk minyak & tol). Kami bergerak jam 5:45 petang dan sampai lebih kurang 8: 30 malam macamtu, dalam perjalan tak ada tempat yang boleh singgah sebab malam dan mendung. Setiba kami di Bukit Gambang Resort City check in bilik dan ngam-ngam sampai waktu dinner, so kita makan dulu baru masuk bilik. Lepas masuk bilik kami rehat untuk aktiviti esok pula.

Sabtu, 12 Ogos 2017/ BUKIT GAMBANG WATERPARK
Aktiviti kami bermula jam 10:00 pagi. untuk pergi mandi di Waterpark. Pihak Bukit Gambang Resort City ada menyediakan  TRAM percuma untuk pengunjung bergerak ke waterpark dan juga safari park, so kami decide untuk naik tram sahaja sebab lebih senang, Peringatan! kalau anda ambik combo ticket pastikan anda bawak tiket masuk kalau tak, tak boleh masuk dik oi..Lepas daftar dekat kaunter jangan lupa untuk topap korang punya gelang khidmat tu, sebab dekat dalam tak boleh guna cash, semua guna gelang tu kalau nak bayar, termasuklah makanan. Nanti masa nak masuk tu, staf waterpark akan check bag korang untuk pastikan tiada makanan luar dibawa masuk. So, pastikan anda tak bawak maggi, karipap, nasi lemak dll sebagai bekalan nanti kena rampas kan naya. Dah masuk, apa yang anda perlu buat adalah sewa loker dan pelampung. harga pelampung dan loker berlainan ikut saiz, Ju ambik pelambung yang boleh guna 2 orang yang macam nombor 8 dan sebuah loker medium, semua item ni ada deposit tau, so ni harga dia Locker Medium: RM15(sewa)+ RM 25(deposit)=Rm40, Tube Double:RM18(sewa)+ RM12(deposit)=Rm30. So total untuk loker dan pelampung dalam RM70.

Tempat pertama kami tuju adalah Galcier river, dekat sini korang akan naik pelampung dan akan dihanyutkan oleh air dan akan ada ombak buatan. Serius korang akan tenang je sambil berangan. Ju pusing dekat situ 2 kali, perasaan takut memang ada sebab dah lama sangat tak jumpe air mcmtu, jadi ju tak turun memang dekat pelampung jerk. Suami jadi mangsa tolong tolak pelampung.dekat sunagi ni ada area penguin batu  tempat ini dinamakan Journey of Ice. Lepas sungai tu niat nak pergi coco beach tapi suami ju tak nak, sabar jela,,sedih rasa, so kami terus pergi dekat Tree Top Hill Slide, kalau sesiapa yang suka gelongsor memang ini lah tempatnya, sepatutnya ada 3 tempat, tapi cuma 2 jerk yang buka Crystal Slide dan Galaxy Slide, untuk canopy tengah renovation. Beza antara 3 ni,Crystal slide ni kita boleh nampak luar dan terang, galaxy ni gelap gulita dan Canopy ni terbuka. Dekat bawah ni map waterpark.
Lepas main slide ni, suami ju cakap lapar, so kami makanlah.Pada hakikatnya, ju tak puas lagi main air! Lepas makan dia ajak balik sebab nak pergi safari hari tu juga,,argh!! stress mak. Sebenarnya, korang boleh je pergi hari esoknya kalau nak main air lama-lama pon tak ada masalah. Bajet makan dekat dalam tu around RM30 macamtu. Ju makan set burger, kentang dan air mineral :RM10.90, suami ju plak makan set nasi ayam+ nasi tambah:RM12.90+RM2.90=RM15.80. Jadi total keduanya RM26.70. Kami balik dalam jam 12:45 dan nak balik resort bersiap untuk pergi safari plak.


Sabtu, 12 Ogos 2017/SAFARI PARK
Kami bergerak Safari park semula dalam jam 2:45 petang dengan naik tram. Daftar dekat kaunter then masuk dalam,seperti biasa bag anda akan dicek bagi memastikan tiada makanan dibawa. Untuk maklumat korang, Safari park ada 2 sesi siang dan malam, tapi malam more pada show tarzan dan juga api. Kalau siang korang boleh melihat haiwan dengan lebih dekat di dalam kandang mereka sendiri termasuklah singa dan juga harimau tempat ini di panggil Savana. Nak masuk dalam Savana kita akan naik tram dan tram itu akan dikunci, korang jangan pandai-pandai nak buka tingkap ke, buka pintu ke, lagi-lagi kawasan predator iaitu kawasan haiwan ganas. Untuk naik ke tempat Eagle station iaitu tempat menunggu trarn masuk Savana, di Pintu masuk ada disediakan tram untuk naik, jarak antara depan ke Eagle station dalam 800 meter, so siapa yang nak bersalin tu, baik naik tram..hihihi dan cas RM 2 dikena bagi satu kepala. Dekat bawah ni peta Safari Park


Sampai sahaja kami di kawasan Eagle station, staf mereka bagi kami pilihan nak tengok show atau masuk terus ke Savana, mase kami masuk tu show dah nak start dalam 20 minit lagi, jadi kami pilih nak tengok show Predator instinct di Predator arena. Show berjalan dalam 25 minit macamtu, dia tunjukkan semua haiwan-haiwan pemangsa dari landak si comel, harimau, singa, dubuk,helang dan juga kucing hutan. Time ni dapat dengar ngauman pak belang, gerun hui. Sattle show, kami naik semula ke Eagle station station dan ready nak mauk Savana!! Sebenarnya ini kali kedua masuk Savana, tapi hati masih excited. Masuk jerk terus nampak badak sumbu berenang-berenang. Kami pusing dalam savana dalam 30 minit mcmtu dan memang puas tengok haiwan dengan lebih dekat. 
Dari Eagle station kami turun ke bawah dengan jalan kaki jerk sebab nak tengok haiwan kecik dalam sangkar,  masa turun tu kami lalu Deer  feeding dan kami spent RM5 untuk beli satu bekas roti untuk diorang. Jalan sambil tengok haiwan kecik-kecik, tak semua tempat kami explore sebab jalan dia agak berpusing-pusing jauh. kami plak dah penat, padan muka nak pergi sangat hari yang sama. Macam nak tercabut kaki. Sampai bawah lalu area Bear Feeding so spent lagi RM5 untuk diorang, Kami bagi makan Black bear nama dia Pashka dan Mashka, nama nak comel je tau. Lepas bagi mereka makan kami  memang dah ready nak blik resort sebab nak rehat. Nak beli baju untuk kenangan, tapi tak ada saiz untuk suami, sebab tinggal saiz M dan L sahaja. So niat mati dan kami tunggu tram dan balik resort.Sebab malam pertama kami dah makan dekat resort so malam ni kami kena makan luar, so kami gerak sendiri naik kereta pergi pekan. ingat nak makan kedai sekali ternampak pasar malam jadi kami beli makanan di pasar dan makan dibilik sahaja. Malam tu kami lepak dan Ju punya kelalaian terpadam semua video dari pagi kami kat waterpark, so malam tu ju menghadap pc nak recovery tapi ada video tertentu sahaja dapat dibuka FRUST SGT!!

Ahad, 13 Ogos 2017/Check OUT
Kami check out jam 12:00 dan terus gerak balik KL dan sampai dalam jam 3:45 petang. Maka tamatlah honeymoon kami, Next destination Cameron Highland lagi sekali.

Pada anda yang nak pergi Bukit Gambang Resort City nak usha aktiviti dan harga klik gamba 


THANKS BUKIT GAMBANG RESORT CITY, TILL WE MEET AGAIN💝

Ju belanja video dan gambar sikit.



VIDEO AKTIVITI





2 comments:

  1. nampak bagus dalam ice glacier river tu. Agaknya sejuk tak dalam tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam tu dia letak air pacut tu..jd sejuk la ia..hahah..tp best tau...ni kali ketiga kita pg x jemu.

      Delete

 
Copyright© All Rights Reserved julinaalias24.blogspot.com