Tuesday, 28 June 2016

SEMPERIT MILO LETUP

Hai....Entry kali ni memang menepati susasana hari raya yang bakal tiba lagi seminggu kurang lebih..Kak Jue busy sikit buat kuih rayo..kali ni akak nak bagi resipi kuih semperit milo letup, resipi confirm jadi ni mak kawan akak yang bagi, memang sedap, mengancam, tertarik dan da bomb. Kalau tak menjadi jangan salahkan akak pulak ye..😂.
Jom kita tengok bahan-bahan dan resepi Semperit Milo Letup.

Bahan-Bahan
300g marjerin
100g gula castor
300g tepung ubi*
300g tepung jagung*
150g tepung gandum*
200g susu pekat
3 cawan milo
1 sdt esen vanilla
1 sdt baking powder*
2 biji kuning telur ( kalau adunan agak keras, campur sedikit putih telur)
*ayak dan di satukan

Cara-cara
1. Pukul marjerin dengan gula hingga lembut
2. Masukan telur dan pukul hingga rata
3.Masukan esen vanilla dan susu pekat
4. Bahan tepung * disatukan dan digaul rata dengan milo
5.Masukan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata
6.Uli sehingga lembut dn tidak melekat ditangan.
7. Masukan dalam acuan dan susunkan di loyang pembakar.
8. Bakar dengan suhu 120 C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.


Itu sahaja..adunan ni boleh dapat bnyak tau..sampai sakit tangan akak menekan acuan sesorang.Adunan ni boleh dapat 1 balang besar dan 1 balang sederhana. Nak tengok kuih semperit Akak tak? Kejap ye...
Ni total yang akak dapat dalam 1 adunan

Ni semperit sebelum bakar..

Ni plak semperit lepas bakar..sila abaikan bentuknya yang mengoda itu..

Itu sahaja entry untuk kali ini..Selamat mencuba!!!









9 comments:

  1. nasib rumah jauh, kalau x, dah lame wawa g serbu rumah kak jue, kak, kuih dah berapa jenis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru buat 3 jenis..xlarat la buat..skit gigi pulak nak raya ni...😢😢😢😢😢

      Delete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. Kenapa nampak sedap sangat ni?

    btw CN follow sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2016/08/giveaway-rm400-by-asyaamin.html

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sisss 😋 https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. woww..blh try resepi ni. done follow blog #114

    ReplyDelete
  6. Hi Julina, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

 
Copyright© All Rights Reserved julinaalias24.blogspot.com